Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pelbagai persiapan menyeluruh sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dalam tempoh terdekat.<br /><br />Katanya, antara persiapan SPR yang telah dibuat adalah keperluan bajet pilihanraya, peralatan, logistik, latihan kepada petugas dan sebagainya.<br /><br />Beliau menjawab pertanyaan lisan oleh Ahli Parlimen Padang Terap Mahdzir Khalid yang bertanya sejauh mana tahap kesiapsiagaan SPR bagi menghadapi kemungkinan berlakunya PRU.