Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali menggalakkan rakyat Malaysia mengambil makanan tambahan vitamin E daripada minyak kelapa sawit.

Beliau berkata demikian selepas Salim Sharif (BN-Jempol) menyindir kempen sesudu minyak sawit merah oleh bekas menteri Teresa Kok.

BN dan PAS sebelum ini memperlekeh Kok kerana kempen sesudu minyak sawit merahnya sebelum ini.

Sementara itu, Kok (PH- Seputeh) terlebih dahulu mempersoalkan sama ada sasaran kerajaan untuk eksport minyak sawit antara RM65 ke RM75 juta boleh dicapai, sekiranya pengambilan pekerja asing disekat.