Kerajaan tidak merancang untuk mengembalikan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) buat masa ini, kata Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin.<br /><br />Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis kepada soalan Anggota Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken semalam.<br /><br />Berhubung pembelajaran tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu Darjah 4 di sekolah jenis kebangsaan pula, Radzi berkata pihaknya akan memperhalusi semula isu tersebut secara menyeluruh dan holistik.