Bilangan pensampelan ujian saringan Covid-19 di Malaysia setanding dengan Korea Selatan, iaitu 27.14 individu bagi setiap 1,000 populasi berbanding Korea Selatan iaitu 26.29 individu bagi setiap 1,000 populasi.<br /><br />Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, walaupun kapasiti makmal untuk pensampelan di negara ini meningkat kepada 37,000 sampel sehari, kadar positif Covid-19 hanya 1.05 peratus.
