Perdana Menteri Muhyiddin Yassin secara tidak rasmi menang tanpa bertanding bagi mengekalkan jawatan presiden Bersatu, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu pada pemilihan parti bulan depan.<br /><br />Bersatu juga akan menyaksikan gandingan baru untuk dua jawatan tertingginya, dengan Ahmad Faizal Azumu bakal menjadi orang nombor dua kepada Muhyiddin.