Isu pengangguran adalah antara perkara yang dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengemukakan soalan kepada Menteri Sumber Manusia berhubung unjuran kadar pengangguran negara dan anggaran jumlah penduduk yang menganggur sehingga akhir tahun ini.

Ketua pembangkang itu juga menyatakan kebimbangan sekiranya kerajaan masih menggunakan cara konvensional untuk mengukur kadar pengangguran , ia tidak mencerminkan kadar sebenar masalah itu di negara ini.

Beliau memberi contoh bahawa pekerja yang diberi cuti tanpa gaji ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kemudian dibuang kerja juga merupakan antara golongan yang termasuk dalam penduduk yang menganggur.