Utusan Malaysia, yang dihentikan penerbitannya pada tahun lalu, hari ini kembali beroperasi semula, bersama akhbar tabloid di bawah penerbitan yang sama, Kosmo!.<br /><br />Kenyataan penyunting kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar menyebut, dengan slogan “Pemikiran Baharu”, Utusan akan berusaha mengembalikan keyakinan pembaca, menjadi penyebar maklumat yang boleh dipercayai dan mencetuskan percambahan idea.
