Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif air ketika ini sewaktu rakyat masih terbeban dengan kesan Covid-19.<br /><br />Selain itu katanya sebarang semakan tarif air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa hadapan akan dibuat dengan mengambilkira kepentingan semua pihak<br /><br />Beliau menjawab soalan Hasanuddin Mohd Yunos (PH-Hulu Langat) sekiranya kerajaan dapat menjamin tarif air di Lembah Klang tidak naik selepas kerajaan menyerahkan Loji Rawatan Air Langat 2 kepada Pengurusan Air Selangor untuk mengelakkan bebanan pengguna.
