Kerajaan Malaysia dan Singapura telah memuktamadkan perbincangan mengenai Projek Sistem Rapid Transit (RTS) Johor Bahru-Singapura, kata Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong.

Dalam sesi Dewan Rakyat hari ini, beliau turut memaklumkan bahawa perjanjian projek itu akan ditandatangani pada 30 Julai dan bakal disaksikan oleh perdana menteri kedua-dua negara di Tambak Johor.

Wee menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (PH-Johor Bahru) mengenai status terkini rundingan antara Malaysia dan Singapura berkaitan pembangunan Projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

Selain itu beliau menjelaskan kos tambahan akan menelan belanja sekurang-kurangnya RM500 juta, lebih daripada yang diunjurkan lebih awal iaitu RM3.16 bilion, kerana perubahan spesifikasi termasuk memindahkan depot dari Singapura ke Wadihana, Johor.