Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) menggunakan ucapannya di Dewan Rakyat hari ini untuk sekali lagi mencabar tanggapan bahawa DAP mampu 'menghancurkan orang Melayu'.<br /><br />Semasa gilirannya membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, mantan perdana menteri itu menyalahkan pendahulunya, Najib Abdul Razak (Umno-Pekan) atas tuduhan itu.<br /><br />Ketika menyangkal tuduhan itu, Mahathir mengatakan Muhyiddin Yassin (Bersatu-Pagoh) dengan mudahnya boleh membatalkan pendaftaran dan 'menghancurkan' DAP ketika dia menjadi Menteri Dalam Negeri semasa pemerintahan Pakatan Harapan.