Kerajaan lebih suka menangani isu ketegangan kaum menggunakan pendekatan yang lembut daripada "mendidik" melalui undang-undang.<br /><br />Menteri Perpaduan Nasional, Halimah Mohamed Sadique berkata, terdapat pelbagai undang-undang yang dapat digunakan untuk provokasi perkauman yang ditimbulkan secara sengaja, tidak kira sama ada oleh ahli politik atau orang awam.<br /><br />Bagaimanapun, kementerian lebih suka menggunakan langkah-langkah yang mendorong perpaduan, termasuk menjadi pengantara untuk menyelesaikan sebarang konflik atau ketegangan dalam sebuah komuniti.