Surprise Me!

Kempen Sayangi Sawitku kini jadi Sawit Anugerah Tuhan

2020-07-22 102 Dailymotion

Kempen 'Sayangi Sawitku' yang dimulakan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kini sudah dijenamakan semula dengan nama baru, iaitu kempen 'Sawit Anugerah Tuhan'.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali di Dewan Rakyat hari ini, dengan menyifatkan nama baru itu adalah “lebih baik” berbanding sebelumnya.

Mohd Khairuddin (PAS-Kuala Nerus) menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Hang Tuah Jaya) sama ada kempen 'Sayangi Sawitku' akan diteruskan di bawah kerajaan sekarang atau tidak.

Kempen 'Sayangi Sawitku' dilancarkan Januari tahun lalu oleh mantan menteri industri utama, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) bagi memerangi kempen anti-sawit dari negara-negara luar.

Buy Now on CodeCanyon