Kerajaan memberikan tempoh kepada Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh sehingga berakhirnya sidang parlimen petang ini untuk membuktikan bahawa mendiang ayahnya, Karpal Singh pernah memainkan rakaman audio di Dewan Rakyat.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Takiyuddin Hassan berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan ahli parlimen DAP itu dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana mengelirukan Dewan.
