Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dalam gilirannya untuk membahaskan titah diraja hari ini, beliau mengatakan secara peribadi tidak setuju dengan tindakan lompat parti kerana melanggar kehendak rakyat.<br /><br />Susulan itu Hanipa Maidin (PH-Sepang) mencadangkan supaya kerajaan menyerahkan semula pemerintahan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana itu merupakan mandat rakyat pada pilihan raya yang lepas.<br /><br />Bagaimanapun Nazri berkata, isu dalaman PH yang telah menyebabkan kejatuhan gabungan itu dan mencadangkan PRU-15 diadakan pada bila-bila masa bagi menamatkan segala pertikaian yang berlaku di antara PH dan Perikatan Nasional.