Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) hari ini mempersoalkan kelewatan kerajaan melantik ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan (PAC) yang baharu.<br /><br />Bercakap semasa gilirannya untuk membahaskan titah diraja hari ni, naib ketua PAC itu mengatakan ada banyak tugasan perlu dilakukan tetapi kelewatan itu menghalang jawatankuasa itu untuk kembali beroperasi.<br /><br />Katanya lagi, PAC belum dapat mengemukakan tiga laporan lengkap yang meneliti pengumpulan cukai jalan dan kemasukan sistem kenderaan asing; Projek Sekolah Sukan Perlis dan penjualan tanah DBKL.