Saksikan pengembaraan Bunkface untuk menjayakan Konsert BunkfaceX yang akan berlangsung di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur pada 24/12/2016. <br /><br />Episod 3 Bunkface X Suria akan menceritakan mengenai rangka promosi Konsert BunkfaceX. Kumpulan Bunkface ke konti SuriaFM untuk sessi live interview bersama Geng Ceria Pagi dan merakamkan beberapa promo bersama penyampai SuriaFM. <br />Hari mereka tidak berakhir di situ sahaja. Pada sebelah malam pula, kumpulan Bunkface mengadakan shooting Trailer Konsert BunkfaceX bersama dengan Mamu. Sangat unik trailer tu dan seterusnya, sidang media ke-2 Konsert BunkfaceX di mana Bunkface membuat pengumuman penaja dan partner, pelancaran album kompilasi BunkfaceX dan persembahan secara langsung single terbaru kumpulan Buknface feat. Amir Jahari iaitu 'Orang Kita'.