Menteri KewanganTengku Zafrul Tengku Aziz mengumumkan sistem perbankan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.06 bilion untuk setiap bulan sekiranya moratorium kewangan dilanjutkan untuk lebih daripada 6 bulan.

Menurutnya, sejak moratorium dilaksanakan pada April, jumlah kerugian keseluruhan yang ditanggung oleh sistem perbankan adalah sebanyak RM6.4 bilion.

Kata Tengku Zafrul lagi, program subsidi upah juga hanya akan dilaksanakan sehingga akhir Disember dan kajian akan dilakukan sekiranya program ini akan dilanjutkan.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank yang akan berakhir 30 September depan akan dilanjutkan enam bulan lagi.