Menyentuh mengenai pemecatannya dalam PKR sebelum ini, Dr Afif Bahardin yang juga merupakan bekas exco Pulau Pinang berkata beliau tidak pernah sekali pun dipanggil oleh mana-mana mesyuarat atau lembaga disiplin untuk menjelaskan tentang kedudukannya ketika itu.<br /><br />Dalam Notis Tunjuk Sebab PKR bertarikh 20 Feb dan ditandatangani Pengerusi Lembaga Displin PKR, Afif didakwa melakukan aktiviti sabotaj dengan mencetus dan/atau bersekutu untuk menimbulkan rusuhan dan pergolakan pada Kongres Nasional AMK 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, pada 6 Dis tahun lepas<br /><br />Katanya, beliau telah menjawab surat tunjuk sebab yang dikatakan menyebut dirinya sebagai pencetus kepada rusuhan yang berlaku pada Kongres Angkatan Pemuda tahun lalu.