Susulan sentimen antiwarga asing termasuk terhadap pelarian, presiden Amanah Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian.

Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

Katanya kerajaan harus memberi fokus kepada usaha memburu sindiket dan ahli perniagaan yang mendapat keuntungan daripada memperdagangkan pendatang dan pelarian.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, berkata pelarian tidak seharusnya digambar secara buruk dan kategori pelarian seperti pencari suaka perlu dibezakan.

Sebagai contoh, katanya warga Rohingya yang melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka, sekurang-kurangnya harus diberi tempat tinggal sementara.