Keadaan menjadi 'panas' di Dewan Rakyat apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun mempersoalkan tentang kesihatan dan keselamatan Ahli Parlimen di dalam dewan.

Ini berikutan kehadiran Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) ke dewan selepas hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi keputusan perbicaraan Najib Razak yang menyaksikan himpunan orang ramai tanpa mematuhi jarakan sosial.

Namun kenyataan Rayer disangkal Abdul Azeez yang mengatakan beliau memakai pelitup muka ketika di mahkamah hari ini

Azalina kemudian menegaskan soal pergerakan keluar-masuk Ahli Parlimen dari Bangunan Parlimen adalah tertakluk di bawah bidang pemantauan Bentara dan pengawal keselamatan.