Selain ahli parlimen dari Pakatan Harapan, Ahmad Maslan (BN-Pontian) turut bersetuju supaya ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB segera ditangkap.

Semasa Shamsul Iskandar Md Akin (PH-Hang Tuah Jaya) berbahas dan menyentuh keputusan mahkamah Najib Razak dan perlunya Jho Low ditangkap, Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangkit mencelah.

“Bukan Jho Low saja. Ada beberapa orang lagi yang lari, pelbagai bangsa lari akibat daripada menipu (mereka) pun lari.

“Yang Melayu pun ada, Nik Faisal Arif Kamil (Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd) misalnya dan beberapa orang lagi yang lari.. bukan hanya Jho Low.

Terdahulu, Shamsul Iskandar dalam sesi perbahasannya di hari ini meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambil perhatian berhubung permintaan menangkap Jho Low - atau nama sebenarnya Low Thaek Jho - secepat mungkin.