Peraturan mewajibkan pemakaian pelitup muka akan dilaksanakan secara berperingkat, yang akhirnya bakal menyaksikan orang ramai memakainya ketika keluar dari rumah masing-masing.

Menjelang tarikh pelaksanaannya pada 1 Ogos, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
berkata senarai 'tempat awam yang sesak' yang memerlukan penggunaan pelitup muka akan akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain itu katanya, kerajaan berhasrat untuk menyediakan pelitup muka tiga lapis kepada golongan yang kurang berkemampuan.