Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata kemelut politik Sabah harus diselesaikan dengan segera dan perlu menjadi iktibar kepada negeri-negeri lain kerana keutamaan kepada rakyat harus diberi perhatian.<br /><br />Terdahulu, beliau diminta untuk memberi ulasan berhubung krisis politik Sabah yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).<br /><br />Beliau turu menyatakan kepercayaan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai SOP yang sesuai untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri.