Lima individu dilaporkan selamat dan berjaya menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka dipijak oleh seekor gajah di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dekat Gerik, malam tadi.<br /><br />Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku dipercayai apabila gajah tersebut bertindak agresif selepas sebuah kereta lain membunyikan hon terhadap gajah tersebut. <br /><br />Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial oleh seorang penguna lebuhraya, kereta terbabit terbabas ke tepi jalan dan mengalami kerosakan selepas dipijak oleh gajah terbabit.