Surprise Me!

LGE pertikai Azmin mengenai ratifikasi perdagangan bebas dengan Kanada

2020-08-03 43 Dailymotion

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali diberitahu untuk memperbetulkan "kenyataan yang mengelirukan" mengenai ratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) di Dewan Rakyat.

Ini berlaku ketika bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu kerajaan Pakatan Harapan telah menolak CPTPP kerana khuatir penjanjian perdagangan bebas itu akan mendedahkan Malaysia kepada campur tangan asing.

Azmin bagaimanapun berkata minit mesyuarat kabinet bertarikh 5 September 2018 menunjukkan bahawa kerajaan PH bersetuju untuk meratifikasi CPTPP.

Lim kemudian meminta Azmin untuk mengkaji keputusan kabinet terbaru mengenai perkara itu, dan bukannya merujuk pada dokumen pada bulan September 2018.

Buy Now on CodeCanyon