Kerajaan telah meluluskan permohonan negeri Kedah untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di empat mukim di Kedah.<br /><br />Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), perintah itu akan dilaksanakan bermula 3 hingga 30 Ogos berikutan penambahan 11 kes positif dari Kluster PUI Sivagangga.<br /><br />Menurut Ismail, ujian saringan akan dibuat ke atas kira-kira 7,000 penduduk di empat mukim terbabit.