Polis akan menarik balik saman yang dikeluarkan kepada mereka yang tidak memakai topeng muka di dalam kenderaan persendirian.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara tersebut dalam sidang medianya hari ini.

Kerajaan telah mewajibkan pemakaian topeng muka di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam bermula 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun, perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP) tersebut telah mengelirukan banyak pihak dan ada yang terkejut apabila dikenakan hukuman denda ketika berada di dalam kenderaan persendirian.