Polis hari ini mengesahkan menerima dokumen laporanberkaitan dengan kematian pelancong India, Zeawdeen Kadar Masdan yang berada dalam tahanan imigresen.

Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor, bagaimanapun, enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan kematian Zeawdeen, pelancong warga India yang memiliki dokumen visa tamat tempoh yang sah, namun terkandas ekoran pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 18 Mac lalu.

Dia yang sepatutnya pulang ke Chennai pada 20 Mac lalu bagaimanapun ditahan dalam satu serbuan di bangunan Malayan Mansion 8 Mei lalu dan ditempatkan di Pusat Tahanan Imigresen di Bukit Jalil.