Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata beliau bersedia dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan berhubung hantarannya di media sosial sambil menyifatkan dirinya juga tertakluk kepada undang-undang.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Liew View Keong (Warisan-Batu Sapi) mengenai hantaran Twitter kontroversi yang dipercayai darinya ketika melawat bekas perdana menteri, Najib Razak selepas penghakiman kes beliau baru-baru ini.

Menurut Liew, sebelum ini seorang aktivis, Ramesh Rao Krishnan Naidu - yang dikenali sebagai penyokong tegar Najib - sudah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan kerana mengaitkan hakim dengan Dr Mahathir Mohamad.

Justeru kata Liew dia inginkan penjelasan mengenai hal itu dan sama ada berlaku amalan berpilih mengenai isu menghina mahkamah.