Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) telah ditangguhkan ke awal tahun depan berikutan perubahan dalam landskap ekonomi, seperti kenaikan anggaran defisit fiskal, kata Mustapa Mohamed (BN-Jeli).<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) juga berkata penangguhan itu juga disebabkan oleh perubahan kerajaan yang menyebabkan kajian semula terhadap dasar ekonomi yang berbeza.<br /><br />Beliau menjawab soalan Ketua Pembangkan, Anwar Ibrahim mengenai sebab-sebab yang menyebabkan penangguhan pembentangan RMK-12 sehingga tahun depan.
