Surprise Me!

Menteri- Peranan NADMA hanya mengurus, bukan cegah banjir

2020-08-04 39 Dailymotion

Peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hanya untuk menguruskan banjir ketika berlaku dan bukan untuk mencegah bencana tersebut.

Ketika mempertahankan peranan agensi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Fungsi Khas) Mohd Redzuan Md Yusof berkata, agensi itu hanya berfungsi sekiranya berlaku sebarang bencana.

Bagaimanapun katanya, NADMA masih dapat mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa tertinggi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan pengalaman agensi itu mengurus bencana.

Beliau menjawab soalan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) bahawa NADMA harus memberi tumpuan untuk menguruskan penyelesaian pencegahan bencana seperti banjir yang kerap berulang.

Buy Now on CodeCanyon