Pemangku pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom mengalu-alukan cadangan pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memberi lebih kuasa kepada pegawainya.

Ini kerana menurutnya, pegawai SPR tiada banyak kuasa untuk mengambil tindakan kerana tindakan hanya terdapat di tangan polis dan pihak SPRM.

Difahamkan antara pindaan yang dicadangkan melibatkan jenis-jenis kesalahan pilihan raya (Bahagian I) dan perbuatan rasuah (Bahagian II).

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Thomas Fann berkata pindaan akta perlu dibuat kerana ia sudah lapuk dan tidak meliputi situasi sekarang termasuk penggunaan media sosial.