Md Rayhan Kabir, warga Bangladesh yang ditahan oleh Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam dokumentari kontroversi Al Jazeera, akan diusir dari negara ini dalam masa terdekat.<br /><br />Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata pihak polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap warga Bangladesh itu.