Ketika presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional bersama Umno dan PAS, pengkritik melihat Bersatu meletakkan dirinya di 'jalan kehancuran'.

Realiti bahawa ketiga-tiga parti berasaskan Melayu yang mempunyai sokongan akar umbi serupa itu menimbulkan kebimbangan bahawa Umno dan PAS yang lebih kukuh akhirnya akan menguasai Bersatu.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal - yang bertanding merebut jawatan teratas Pemuda Bersatu - percaya banyak yang boleh ditawarkan oleh Bersatu kepada rakyat Malaysia berbanding sekutu PN lain.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu wawancara, katanya walaupun parti itu mungkin yang paling 'muda' dalam PN, ia lebih inklusif untuk golongan belia dan kumpulan bumiputera yang lain.