Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias hari ini membangkitkan isu wang palsu yang semakin berleluasa apabila berkongsi pengalaman turut menjadi mangsa menerima wang palsu . <br /><br />Beliau bertanya soalan tambahan ketika sesi pertanyaan dan jawab lisan di parlimen oleh Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.<br /><br />Susulan itu Mohd Shahar menjelaskan kadar wang palsu di negara ini ditentukan berdasarkan 'pieces per million' (PPM) dan pemalsuan wang masih lagi rendah iaitu satu bagi setiap sejuta.