Ketika Muhyiddin Yassin memutuskan untuk menarik Bersatu daripada Pakatan Harapan, ahli parti dan pemimpinnya ditinggalkan dalam keadaan tertanya-tanya.

Parti terpecah kepada dua iaitu satu kumpulan yang menyokong presiden mereka iaitu Muhyiddin dan kumpulan yang menyokong bekas pengerusi parti, Dr Mahathir Mohamad.

Sebahagian besar, termasuk anggota sayap Pemuda (Armada), Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal menyokong Muhyiddin dan meninggalkan Mahathir dengan segelintir penyokong setia.

Bercakap kepada Malaysiakini dan Bicara Minggu Ini, Wan Fayhsal menjelaskan alasan Bersatu meninggalkan PH walaupun ketua Armada ketika itu, Syed Saddiq Abdul Rahman memilih untuk bersama Mahathir.