Menteri Luar, Hishammuddin Hussein membuat permohonan maaf kepada Dewan Rakyat selepas video beliau menghisap vape semasa persidangan menjadi tular di media sosial.<br /><br />Terdahulu, seorang netizen yang dikenali sebagai Mhd Shamin berkongsi sebuah klip video di Twitter menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.
