Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi berdepan pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Mengenakan sut hitam, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu tiba dari Putrajaya, di mana dia ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam.

Lim ditahan selepas soal siasat lebih sejam di ibu pejabat SPRM semalam.

Dia diwakili oleh Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, manakala pasukan pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

https://www.malaysiakini.com/news/537679