Jika keadaan mengizinkan Amanah bercadang mahu melakar sejarah tersendiri di Sabah dengan menghantar wakilnya ke dewan undangan negeri (DUN) melalui pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.<br /><br />Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, berkata parti itu mahu melakukan hal demikian ketika PAS - yang mempunyai sejarah menyertai PRN Sabah berkali-kali sebelum ini - gagal memenangi sebarang kerusi.<br /><br />Bagaimanapun katanya, soal calon dan kerusi yang bakal ditandingi kelak akan diperhalusi oleh Amanah Sabah.