Ellie Suriati Omar mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melakukan penambahbaikan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas) 1981 selaras dengan perkembangan teknologi hari ini.<br /><br />Antara lain, kata pengarah dan pelakon itu, akta tersebut perlu dirombak semula demi melindungi hak dan kepentingan masa depan industri perfileman tanah air.<br /><br />Ellie yang juga Presiden Gabung Anak Seni itu berkata, antara penambahbaikan perlu disegerakan ialah mengenakan lesen untuk pemilik salauran YouTube kerana golongan tersebut menjana pendapatan lumayan daripada platform berkenaan.
