Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah menegaskan bahawa tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya adalah bermotifkan politik untuk menjatuhkan reputasinya.<br /><br />Lim mengulangi bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang wang suapan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga tidak pernah meminta beliau mengemukakan sebaran bukti mengenai wang tersebut. <br /><br />Terdahulu Lim mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta suapan membabitkan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
