Menteri Luar, Hishammuddin Hussein berkata beliau sudahpun membayar denda yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas mengaku salah menghisap vape semasa persidangan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.<br /><br />Ini selepas video beliau menghisap vape semasa sidang parlimen tular di media sosial.<br /><br />Terdahulu, semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi mempersoalkan mengapa speaker Dewan Rakyat tidak mengenakan sebarang tindakan terdapat ahli parlimen Sembrong itu.
