Dua kawasan di Perlis iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (Temco) bermula dari hari ini hingga 31 Ogos.<br /><br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan itu melibatkan 191 buah rumah dengan 872 orang penduduk.<br /><br />Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan 11 kes termasuk 10 kes baru Covid-19 di Perlis berasal daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah.