Surprise Me!

MP blok kerajaan minta RUU IPCMC ditarik balik

2020-08-11 31 Dailymotion

Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang berada dalam aturan mesyuarat persidangan Dewan Rakyat kali ini, mendapat perhatian dengan rata-rata ahli Parlimen blok kerajaan meminta ia ditarik balik.

Pembentangan rang undang-undang IPCMC 2019 ditangguhkan pada persidangan dewan Disember lepas untuk penambahbaikan menerusi pandangan daripada pihak berkepentingan, dan dimasukkan dalam aturan mesyuarat untuk dibentang pada persidangan ini.

Kalangan ahli Parlimen blok kerajaan yang menyentuh perkara itu dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 hari ini, meminta kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang IPCMC yang turut dianggap sebagai penganiayaan terhadap pasukan polis.

Bagaimanapun Ahli Parlimen blok pembangkang mahu kerajaan meneruskan penubuhan suruhanjaya itu yang disifatkan turut memberi penekanan untuk membela kebajikan anggota polis.

Buy Now on CodeCanyon