Polis Johor telah menahan empat orang pekerja termasuk pengurus kilang berusia 56 tahun kerana memasang bendera Malaysia dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tebrau, Johor.<br /><br />Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang media menegaskan, pihak polis tidak lagi akan bertolak ansur dan memberi amaran terhadap mereka yang melakukan perbuatan tersebut.<br /><br />Tegasnya lagi, perbuatan memasang bendera Malaysia atau bendera Johor secara terbalik sama ada sengaja atau tidak bukan satu perkara remeh.