Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita beberapa premis perniagaan yang beroperasi tanpa kebenaran dalam operasi bersepadu di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini.

Antara premis yang telah disita merupakan sebuah pusat hiburan tanpa lesen dan beberapa premis perniagaan lain.

MBSA turut mengeluarkan 98 notis pemberitahuan dan tujuh notis meroboh kepada 94 premis di kawasan tersebut.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan, operasi yang diadakan itu turut membabitkan gerai-gerai tanpa kebenaran yang beroperasi di bahu jalan yang mengakibatkan masalah kesesakan lalu-lintas.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Selangor dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).