Setiausaha Agung Bersatu menyangkal dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa dia pernah menawarkan habuan wang kepada mana-mana Adun Sabah bagi memberikan sokongan kepada Musa Aman.<br /><br />Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di Putrajaya, Hamzah sebaliknya mendakwa orang-orang dari kem Dr Mahathir yang membuat tawaran kepada ahli Parlimen Bersatu untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN).<br /><br />Sementara itu, beliau yakin bahawa calon PN di PRK Dun Slim iaitu Mohd Zaidi Aziz mampu mengalahkan calon bebas dari Pejuang, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dengan majoriti besar.
