Semua warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia perlu menjelaskan caj kuarantin dan ujian saringan sebaik sahaja tiba di negara ini, kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.<br /><br />Beliau turut memberi amaran, mereka yang enggan membuat demikian tidak akan dibenarkan melepasi imigresen dan hanya dibenarkan berada di lapangan terbang.<br /><br />Katanya, ini dilakukan berikutan ada warga asing yang tidak mahu menjelaskan bil selepas selesai menjalani tempoh kuarantin di hotel.
