Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan akan membuat kajian terlebih dahulu mengenai vaksin Covid-19 yang diluluskan oleh Russia sebelum membuat sebarang tempahan. <br /><br />Beliau juga berkata, buat masa ini masih terlalu awal untuk membuat pesanan vaksin tersebut. <br /><br />Selasa lalu, Russia mengumumkan menjadi negara pertama yang memberikan kelulusan peraturan untuk vaksin Covid-19, selepas menjalankan ujian manusia kurang daripada dua bulan.
