Kementerian Kesihatan (KKM) mahu melakukan kajian terhadap vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Rusia terlebih dahulu sebelum mengesyorkan penggunaannya di Malaysia, kata Dr Noor Hisham Abdullah.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata setakat ini, kementerian berkenaan hanya mengetahui mengenai vaksin baru itu melalui laporan media.<br /><br />Dr Noor Hisham juga berkata belum ada sebarang penerbitan mengenai penyelidikan vaksin tersebut.
